APAKAH DIA BIG BOOK?

0 comments Saturday, October 18, 2008
Semasa saya mula belajar menulis buku cerita kanak-kanak pada awal tahun 2000, saya mulakan dengan Big Book, "Sheikh's New Big book Package". 






Big Book? Apakah dia Big Book?
‘Big Book’ adalah buku bacaan awalan yang bersaiz besar, kebiasaannya ilustrasi dan huruf bersaiz besar. Ianya lazim digunakan untuk kanak-kanak membaca bersama guru/ibu/bapa bagi memahami konsep penulisan (teks) serta memahami kaedah membaca.

Bacaan Awalan
Langkah asas ke arah bacaan awalan ialah menarik minat kanak-kanak mendekati buku - bukan sebarang buku. Kanak-kanak dari semua golongan umur dan budaya suka kepada buku walaupun mereka belum tahu membaca. Bahasa dan belum boleh membaca bukannya satu masalah. Mereka tumpu kepada gambar.
Mereka merumus pengertian sendiri berdasarkan gambar. Kaedah ‘Big Book’ menepati prinsip bacaan awalan.

Rasional Menggunakan Kaedah Big Book
» Kajian menunjukkan perkongsian membaca (Shared Reading) antara guru/ibu/bapa dengan kanak-kanak adalah asas penyemai literasi awalan. [Durkin D. (1966) dan Allington, R.L. (1983)].
» Saiz huruf (teks) yang besar membantu anak-anak meneliti serta mengaitkan perkataan dengan gambar semasa guru/ibu/bapa membacakan cerita kepadanya.
» Perbincangan tidak formal mengenai buku/cerita yang dibacakan memperkayakan kefahaman dan pengetahuan anak-anak.
» Bacaan berulang (semestinya digalakkan diulang dari masa ke semasa) membina kemahiran/kelancaran membaca.
» Kaedah Big Book menjurus ke arah ‘Program Bacaan Seimbang’ (A Balanced Reading Program):
a. Membacakan kepada kanak-kanak (Reading to children) - * [Guna Big Book]
b. Bacaan Berpandu (Guided Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal]
c. Perkongsian membaca (Shared Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal]
d. Mebaca berpasangan (Paired/Peer Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal]
e. Membaca bebas (Indpendent Reading) - * [Guna buku saiz normal]
Belajar membaca semestinya tidak menjadi ugutan kepada kanak-kanak yang sedang belajar membaca. Disamping menggalakkan mereka meneliti buku-buku mengikut pilihan mereka sendiri, mereka perlu dibacakan.

Mereka gemar mendengar bunyi-bunyi perkataan, khasnya jika sebutan dan suara diaduni dengan gaya, mimik muka dan pergerakan tubuh badan mengikut kesesuaian jalan cerita.

Untuk memilih buku yang sesuai bagi kumpulan kanak-kanak yang baru belajar membaca ini, panduan di bawah dicadangkan:
» Ilustrasi menepati teks dan membantu (pembaca) meneka/memahami isi cerita.
» Teks tidak terlalu padat (membebankan) dan tidak banyak perkataan susah/baru.
» Plot (jalan cerita) mudah difahami kanak-kanak.
» Corak bahasa berulang dan mudah dicontohi.
» Babak dan ilustrasi yang berulang membantu kanak-kanak memahami keseluruhan cerita serta meransang mereka untuk mengikuti membaca bersama guru/si pembaca.
Teknik Membantu Kelancaran Membaca
Berbagai teknik boleh membantu kanak-kanak dari aspek kelancaran membaca:
1. Bacaan Berpandu (Assisted Reading):
Guru membaca satu mukasurat kemudian diikuti oleh kanak-kanak. Kemudian beralih ke mukasurat berikutnya dan begitulah seterusnya. Kaedah ini memberi peluang kanak-kanak memerhati, mendengar, meniru dan menggayakan kaedah membaca dengan suara dan intonasi yang betul. Ulang kaedah ini 3 - 4 kali sehingga kanak-kanak dapat merasakan keyakinan diri ‘boleh membaca’.

2. Bacaan ‘Echo’ (Echo Reading):
Kaedahnya sama seperti Bacaan Berpandu kecuali guru membaca satu ayat/barisan diikuti oleh pelajar. Guru dari masa ke semasa mempercepatkan bacaannya serta memperbanyakkan teks yang dibaca untuk diikuti oleh pelajar.

3. Bacaan ’Choral’ (Choral Reading):
Guru baca dahulu kemudian kanak-kanak baca besama guru. Selepas beberapa kali ulangbaca bersama, pelajar pasti boleh membaca tanpa bantuan. * Kajian mendapati bacaan berulang (repeated readings) menjurus ke arah peningkatan kefahaman.
SELAMAT MENCUBA...
Catatan: Biasanya saya menulis nota sebegini dalam bahasa Inggeris. Kini saya berusaha menterjemahkannya dalam Bahasa Malaysia. Mohon maaf sekiranya terjemahannya tidak begitu jelas. Sekiranya ada yang berminat mendapatkan teks nota dalam bahasa Inggeris, sila hubungi saya.
Read On

CHORAL READING For Early Readers of English

1 comments Sunday, September 28, 2008
Some teachers would still be asking me for this book. Frankly, it is not practical to print a book just to accommodate a few requests. Furthermore, it is obsolete. I am sorry.
Book Size : 6.0" x 8.5" (Perfect Binding)
Colour : Black/White
*Note: This book is most suitable for primary school teachers (as reference)
Read On

TALES OF WISDOM

0 comments
It consists of combination of short stories mainly on wisdom.
1st edition, 2006
2nd edition, 2008
3rd edition, 2012

Book Size : 7.5" x 7.5" (Perfect Binding)
Reading Level : 10-14 years old
Read On

English Books for Kids

0 comments
Simple readers for kids aged 5-9. The problem with writing and publishing own books is that you had high hopes on the Ministry of Education and finally you are doomed! It was my stupidity...









Read On

ARABIC for J-QAF

0 comments
When you try to sell your own books to schools, they say they have their own suppliers. 
When you approach the suppliers, they would demand not only your flesh,
they would sip your blood even...



Read On

JAWI (j-QAF)

0 comments
Have you ever thought what a best seller book is?
A best seller was a book which somehow sold well simply because it was selling well.
I never ever wished for a best seller, selling well is enough... 



Read On