DULU & SEKARANG

2 comments Saturday, August 24, 2013

DULU & SEKARANG
Dulu, bangun tidur, cari makan di dapur,
Takde? Ambil air panas, ambil kopi, ambil gula, kacau...
Cari roti bai, (nasib: kalau ada), celup dalam kopi, kunyah...
Wow... kenyang perut, berak...

Keluar rumah, seluar pendek, 
Belenging, kalau baju semalam belum dibasuh...
Ambil lastik, gantung di leher, 
Rasa kuat dan berani, macam cowboy ada pistul di pinggangnya.
Cari peluru (batu merah) masuk dalam kocek,
Cari mangsa: burung kelicap, tupai, murai, pokok, dinding rumah, apa-apa ajelah...
Tembak sana, tembak sini, salah tembak terkena dinding dapur Mak Hitam
Balik rumah, ping... pong... sap... sup... kena rotan, kena lempang, kena tali pinggang,
Mak Hitam dah repot dulu pada Seylan...
Hampir tiap hari ada aje kes, tak serik2,
Gang2 lain, yang lebih buruk, jarang kena belasah, Why me most of the time???
Hmm... Well, 
Fact of the truth is only realised very much later, i.e. when you have children of your own...
“My dad was someone who left me alone when I cried, scolded and beat me when I broke the rules, smiled in silence  with pride when I succeeded, and had faith in me even when at times I failed...”

Balik ke cerita masa dulu...
Sekali sekala, kalau ada ‘ong’ dapat duit kocek 5 sen atau 10 sen
Kadang2 kebas aje, tak kisah sapa punya
Kadang2 curi telur ayam rumah jiran & jual,
Kadang2 tangkap ayam mengandung, masaj perut ayam kemudian tekan kuat...
terpancut “telur” dari jubur ayam,
Ayam menjerit sakit, kita buat bodoh aje...
Yang penting, ada telur ada 10 sen.

Bila ada duit, beli biskut butang, sorok dalam kocek
Bila gang ada, tak makan, takut kena pau
Bila gang toleh tempat lain, diam2 seluk kocek
Ambil satu, masuk mulut, kolom, kunyah diam2
Kadang2 bukan biskut, batu (peluru lastik)...
Telan aje, tak sakit perut pun...

Kaki, tangan, badan penuh kudis
Biasa aje, semua gang sama aje...
Sebulan sekali lari satu kampung
Aluyah juara depan sekali, jerit kuat2: Mak Hitam Tolong, Mak Hitam Tolong...
Bapa kejar paksa telan “Ridto” (ubat cacing)
Megah bila berak banyak cacing keluar...

Pergi sekolah, jalan kaki, kaki ayam
Kalau hujan, guna daun pisang, kalau tak ada, sampai sekolah kuyup...
Hari2 kena piat telinga, kena rotan, kena lempang - tak hafal sifir, 
Tapi baca pandai, lagak depan si lembap2 yang lain
Yang pelik, bahasa Inggeris pun pandai...
Masuk periksa bahasa Inggeris, lulus...
Masuk sekolah orang putih, 
Mula pakai sepatu, sepatu getah ‘Fung Keong’ 1.20 sen
Wow, nak susun langkah pun kekok, tapi megah...
Tetap kena jalan kaki (3 batu) ke skolah orang putih
Kalau nasib baik sekali sekala dapat duit kocek 5 atau 10 sen,
Rasa macam kena loteri...
Tak mengeluh pun...

Anak sekarang, bangun tidur, on handset
Main game, game, game, tidur...
Bangun lagi, chat, chat, chat, makan, tidur...
Bangun lagi, “Abah tolong top-up”,
Bapa berleter: “Top-up, top-up, top-up!”
Anak ada jawapan standard: “Buat assignment sekolah, abah...”
Dia ingat bapa dia bodoh, tapi bapa sekarang x garang macam bapa dulu.

Anak berdesin 3 kali
Bapa angkut jumpa doctor
Anak tak ada nafsu nak makan
Bapa angkut jumpa doctor
Anak kena gigit nyamuk
Bapa isytihar perang dengan nyamuk
Kalau ada kudis pada kulit, mungkin bapa jilat macam kucing.

Bila anak masuk sekolah
Bapa, emak tunggu luar sekolah
Takut anak kena bully
Takut anak lapar
Takut anak nangis
Takut ini, takut itu
Teruk emak bapa dibully oleh anak-anak sekarang

Anak sekarang bijak-bijak
Bila kita merungut penat lelah kita
Anak jawab: Kan itu tanggungjawab emak bapa?

Pergi sekolah 500 meter, bapa kena hantar,
Pagi, petang, siang, malam, ke mana aje... bapa kena hantar,
Umur baru matang sehari, bapa belikan motosikal,
Baru sehari masuk kolej, bapa belikan kereta.

Masuk universiti...
Duit biasiswa terima senyap2 macam tikus...
Dengan bapa dia minta, dengan emak dia rayu, 
Reserve darurat, kononnya...
Double, triple, quadruple, quintuple...

Angan2 anak2 bila dah kerja nak belikan bapa Mercedes...
Bila dah kerja semuanya, baru sedar...
Tarik atas, bawah terbuka; tarik bawah, atas terbuka
Nasib baik bapa tak menuntut apa, 
Bapa bahagia dengan Honda Cub yang ada,
Yang bapa mau anak2 sedar realiti hidup...
Anak2 bahagia, bapa 100x bahagia.

Sekarang anak dah besar, jauh lebih pandai dari bapa...
Bapa tengah kencing dalam bilik air
Bunyi bell : Posto, Posto
Bapa lari pakai towel sekeping
Perut bapa buncit
Tengah sign surat Posto, towel menggelungsur,
Bersilat bapa, Posto tak sanggup tenguk...
Terima bungkusan, cepat masuk rumah, kesempau...
Kerenah anak2 sekarang : ON-LINE SUPER BUY!

Wow, Hebat anak2 sekarang...

Hmmm... 
Hassan Seylan
Read On
Hassan Sheikh Seylan

In life there's no unwounded hearts...

Read On

CONTEMPORARY LITERATURE YEAR 6 SK/SJK

0 comments Friday, April 15, 2011
DONE & UNDONE...
READ THIS:
Ref: CONTEMPORARY LITERATURE YEAR 6 SK/SJK:
(2 in 1) NOBLE TALES UNTOLD + HANDS-ON ACTIVITIES


Friends had often asked me if I could help to provide "Suggested Activities" based on the book NOBLE  TALES UNTOLD (Contemporary Literature Year 6 SK/SJK). The good news is I had worked on it for more than 2 years now + trial lessons and editing (with the help of fellow teachers). The not so-good news is I could only pray that someday I could afford to publish it and be able to share it with teachers and children in need...

IF it could be done soon, students NEED NOT HAVE TWO books. This book has 2 sections. Section (1) provides the full script 'Noble Tales Untold'. Section (2) provides varieties of activities based on the story scripts, i.e.: comprehension activities, oral discussions, puzzles, poems, choral reading/speaking, songs, etc. focusing on moral values and critical thinkings.

Feature: Book Size = 7.5" x 10"; No. of pages = 56; Colour = 4C (fully-coloured cover-to-cover).
Read On

NOBLE TALES UNTOLD

0 comments Sunday, January 31, 2010
CONTEMPORARY LITERATURE YEAR 6 SK/SJK


NOBLE TALES UNTOLD, by Hassan Sheikh Seylan.
NOTE:
This book is one of the 6 titles identified by Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia as Contemporary Literature for Year 6 SK/SJK (Buku Sastera Kontemporari Bahasa Inggeris Tahun 6 SK/SJK).
2. The book was provided free to Year 6 Sudents (SK/SJK) by the Ministry of Education in the year 2004/5 to one of 3 states zone (Pahang, Selangor, Sabah, Terengganu & WP Labuan).
Read On

APAKAH DIA BIG BOOK?

0 comments Saturday, October 18, 2008
Semasa saya mula belajar menulis buku cerita kanak-kanak pada awal tahun 2000, saya mulakan dengan Big Book, "Sheikh's New Big book Package". 






Big Book? Apakah dia Big Book?
‘Big Book’ adalah buku bacaan awalan yang bersaiz besar, kebiasaannya ilustrasi dan huruf bersaiz besar. Ianya lazim digunakan untuk kanak-kanak membaca bersama guru/ibu/bapa bagi memahami konsep penulisan (teks) serta memahami kaedah membaca.

Bacaan Awalan
Langkah asas ke arah bacaan awalan ialah menarik minat kanak-kanak mendekati buku - bukan sebarang buku. Kanak-kanak dari semua golongan umur dan budaya suka kepada buku walaupun mereka belum tahu membaca. Bahasa dan belum boleh membaca bukannya satu masalah. Mereka tumpu kepada gambar.
Mereka merumus pengertian sendiri berdasarkan gambar. Kaedah ‘Big Book’ menepati prinsip bacaan awalan.

Rasional Menggunakan Kaedah Big Book
» Kajian menunjukkan perkongsian membaca (Shared Reading) antara guru/ibu/bapa dengan kanak-kanak adalah asas penyemai literasi awalan. [Durkin D. (1966) dan Allington, R.L. (1983)].
» Saiz huruf (teks) yang besar membantu anak-anak meneliti serta mengaitkan perkataan dengan gambar semasa guru/ibu/bapa membacakan cerita kepadanya.
» Perbincangan tidak formal mengenai buku/cerita yang dibacakan memperkayakan kefahaman dan pengetahuan anak-anak.
» Bacaan berulang (semestinya digalakkan diulang dari masa ke semasa) membina kemahiran/kelancaran membaca.
» Kaedah Big Book menjurus ke arah ‘Program Bacaan Seimbang’ (A Balanced Reading Program):
a. Membacakan kepada kanak-kanak (Reading to children) - * [Guna Big Book]
b. Bacaan Berpandu (Guided Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal]
c. Perkongsian membaca (Shared Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal]
d. Mebaca berpasangan (Paired/Peer Reading) - * [Guna Big Book + Buku saiz normal]
e. Membaca bebas (Indpendent Reading) - * [Guna buku saiz normal]
Belajar membaca semestinya tidak menjadi ugutan kepada kanak-kanak yang sedang belajar membaca. Disamping menggalakkan mereka meneliti buku-buku mengikut pilihan mereka sendiri, mereka perlu dibacakan.

Mereka gemar mendengar bunyi-bunyi perkataan, khasnya jika sebutan dan suara diaduni dengan gaya, mimik muka dan pergerakan tubuh badan mengikut kesesuaian jalan cerita.

Untuk memilih buku yang sesuai bagi kumpulan kanak-kanak yang baru belajar membaca ini, panduan di bawah dicadangkan:
» Ilustrasi menepati teks dan membantu (pembaca) meneka/memahami isi cerita.
» Teks tidak terlalu padat (membebankan) dan tidak banyak perkataan susah/baru.
» Plot (jalan cerita) mudah difahami kanak-kanak.
» Corak bahasa berulang dan mudah dicontohi.
» Babak dan ilustrasi yang berulang membantu kanak-kanak memahami keseluruhan cerita serta meransang mereka untuk mengikuti membaca bersama guru/si pembaca.
Teknik Membantu Kelancaran Membaca
Berbagai teknik boleh membantu kanak-kanak dari aspek kelancaran membaca:
1. Bacaan Berpandu (Assisted Reading):
Guru membaca satu mukasurat kemudian diikuti oleh kanak-kanak. Kemudian beralih ke mukasurat berikutnya dan begitulah seterusnya. Kaedah ini memberi peluang kanak-kanak memerhati, mendengar, meniru dan menggayakan kaedah membaca dengan suara dan intonasi yang betul. Ulang kaedah ini 3 - 4 kali sehingga kanak-kanak dapat merasakan keyakinan diri ‘boleh membaca’.

2. Bacaan ‘Echo’ (Echo Reading):
Kaedahnya sama seperti Bacaan Berpandu kecuali guru membaca satu ayat/barisan diikuti oleh pelajar. Guru dari masa ke semasa mempercepatkan bacaannya serta memperbanyakkan teks yang dibaca untuk diikuti oleh pelajar.

3. Bacaan ’Choral’ (Choral Reading):
Guru baca dahulu kemudian kanak-kanak baca besama guru. Selepas beberapa kali ulangbaca bersama, pelajar pasti boleh membaca tanpa bantuan. * Kajian mendapati bacaan berulang (repeated readings) menjurus ke arah peningkatan kefahaman.
SELAMAT MENCUBA...
Catatan: Biasanya saya menulis nota sebegini dalam bahasa Inggeris. Kini saya berusaha menterjemahkannya dalam Bahasa Malaysia. Mohon maaf sekiranya terjemahannya tidak begitu jelas. Sekiranya ada yang berminat mendapatkan teks nota dalam bahasa Inggeris, sila hubungi saya.
Read On

CHORAL READING For Early Readers of English

1 comments Sunday, September 28, 2008
Some teachers would still be asking me for this book. Frankly, it is not practical to print a book just to accommodate a few requests. Furthermore, it is obsolete. I am sorry.
Book Size : 6.0" x 8.5" (Perfect Binding)
Colour : Black/White
*Note: This book is most suitable for primary school teachers (as reference)
Read On

TALES OF WISDOM

0 comments
It consists of combination of short stories mainly on wisdom.
1st edition, 2006
2nd edition, 2008
3rd edition, 2012

Book Size : 7.5" x 7.5" (Perfect Binding)
Reading Level : 10-14 years old
Read On